Saya nak share sesuatu. Personaliti seseorang melalui buah. Tak tahulah betul ke idak. Cubalah baca dan nilai sendiri ;)
Buah Jenis Tembikai :
Tembikai dan tembikai susu. Mereka tergolong dalam golongan yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi mereka, wujudnya kepuasan apabila berjaya membantu orang lain. Mereka berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang mahu ditanam di sekitar tempat tinggal. Mereka memiliki ramai teman rapat. Ini kerana, mereka memiliki keperibadian yang romantik. Mereka berusaha gigih mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Tembikai melambangkan diri mereka sebagai individu yang berhati-hati.
Buah Jenis Buah-buahan Tropika :
Pisang, belimbing, betik, jambu dan nanas. Mereka sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Mereka gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang mungkin. Orang di sekeliling mereka selalu menghadapi masalah dengan mereka kerana cara hidup mereka yang terlalu aktif. Mereka tidak sukakan sesuatu yang melibatkan gangguan emosi. Kebiasaannya pasangan mereka terdiri daripada individu yang tenang berbanding mereka dan sewajarnya si dia menerima mereka seadanya. Mereka gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab. Teman-teman beranggapan diri mereka sudah didekati dan suka berseronok. Hakikatnya, mereka ada pendirian yang tersendiri. Mereka tidak suka menunjukkan perasaan sedih kepada orang sekeliling.
Buah Jenis Buah Ladang :
Epal, lai, pear dan lain-lain. Perkara utama bagi mereka adalah kekuatan. Mereka bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling mereka. Ini kerana mereka bijak membebaskan diri daripada tekanan hidup dan tak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian mereka. Mereka juga lebih cenderung berdikari. Mereka tidak bergantung harap kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan mereka berpengetahuan luas dan itu adalah hakikatnya. Mereka gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan berdasarkan pengetahuan yang dimiliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi mereka dalam setiap perkara yang dilakukan.
Buah Jenis Limau :
Buah oren, limau nipis dan limau bali. Penggemar buah jenis limau dikatakan cenderung kepada warna-warna cerah dan suka akan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan mereka gemar merujuk akan perkara ataupun masalah kepada mereka. Ini kerana mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan mereka yakin dengan nasihat dan pandangan mereka. Orang luar sukar menilai dan mengenal diri mereka yang sebenar. Mungkin dapat mengenali mereka dengan lebih rapat, namun memakan masa yang lama. Kadangkala mereka hanya memperuntukkan masa yang singkat untuk bersendiri. Mereka gemar berehat dan bersendiri hanya bagi tempoh seketika. Rakan-rakan mereka akan berasa senang dan tenang apabila meluangkan masa bersama mereka. Mereka juga tergolong dalam kumpulan individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik-baik mungkin dengan melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan.
Buah Jenis Kekacang :
Kacang tanah, walnut, gajus, hazel dan lain-lain. Mereka ini jenis 'moody'! Kadangkala 'mood' mereka berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri mereka. Sekiranya mereka yakin mereka di pihak yang benar, mereka pasti berdegil dengan pendirian mereka itu. Orang yang berada di sekeliling mereka juga sentiasa bersikap berhati-hati kerana kedegilan mereka itu. Dalam percintaan, mereka adalah individu yang setia. Mereka sanggup mengetepikan teman-teman hanya kerana mahu meluangkan masa bersama kekasih hati. Bagi mengenali mereka, individu ituperlu memperuntukkan waktu yang lama bagi memahami dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Walaubagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.
Buah Jenis Beri :
Anggur, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi dan lain-lain beri. Mereka gemarkan 'party' dan keseronokan. Mereka suka menggembirakan orang lain. Mereka juga mudah mendapat teman baru kerana mereka peramah. Mereka akan berusaha melakukan apa sahaja bagi menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang pelik. Mereka mempunyai cita rasa unik hinggakan makanan-makanan yang berperisa lain daripada yang lain. Personaliti mereka sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri. Walaubagaimanapun, keseluruhan personaliti mereka itu saling berkait rapat dan sekaligus menonjolkan diri mereka yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri.
Hmmm, korang yang mana? Saya suka manggis. Buah-buahan tropika lah kan? Hehe. Saya rasa saya punya macam betul jee :D
Saya cuma berkongsi sahaja. Tak perlulah percaya benda ni sangat. Kalau betul, kebetulan sahaja kot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan